Islamic Clock: allahmuh01_wpd

Islamic Calendar

Followers

Friday, June 4, 2010

Respon kepada isu-isu berbangkit

oleh: Irfan al-mujaddid


Lama juga tidak aku hias laman dengan kritikan membina dan pandangan kritikal daripada sisi sebagai mahasiswa khususnya dan sebagai rakyat bertanggungjawab amnya. Setelah lebih kurang sebulan menghadiri kursus mendapatkan pensijilan professional, muncul idea untuk berkongsi mengenai beberapa isu yang akan dirumuskan.

Isu ‘telan air ludah’ tok guru/ustaz dan seumpamanya.

Kegemparan pendedahan mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengenai upacara telan air liur tok guru atau ustaz bukanlah perkara baru. Ia Cuma sama ada sedar atau buat-buat (pura-pura) tak tahu. Kenyataan Pengarah Jab. Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Khusrin yang saya kira beliau seorang penyokong kuat UMNO yang seringkali berlainan pandangan dengan kerajaan negeri dalam beberapa isu , juga bersikap diam diri dalam hal judi bola sepak dan beberapa isu yang menguntungkan pemerintah persekutuan. Malah kenyataan JAIS hari ini yang menghentam Ahli Parlimen Shah Alam, seolah sudah membuka pekung yang menunjukkan JAIS-UMNO-BN.

Lupakan bab pengarahnya yang saya lihat tidak layak berada di institusi yang menjaga kesucian Islam. Beliau juga menyatakan pendedahan Dr. Mohd Asri adalah tiada asasnya. Wahai Pengarah JAIS-UMNO, kami sebagai rakyat biasa pun mengetahui memang wujud perbuatan mengambil berkat dari bekas minuman Tok Guru atau ustaz. Saya setuju dengan kenyataan Dr. Asri bahawa beliau sedia mengubah tajuk upacara menelan air ludah kepada yang lebih tepat iaitu mengambil berkat bekas tok guru atau ustaz. Ajaran Islam tidak pernah mengajar berkat itu ada pada seseorang manusia. Malah berkat itu hanyalah daripada Allah ‘Azza wa Jal. Sudah kebiasaan di pondok-pondok pengajian agama anak-anak murid mencium tangan tok guru atau ustaz untuk mengambil berkat atau mereka mengatakan hormat. Islam melarang tunduk pada manusia. Bukankah apabila mencium tangan mereka tunduk??? Inilah kejahilan orang Islam yang tidak berpandukan Al-Quran n Sunnah.

Antara Najib-Anwar, Apco-UMNO dan Asia-Soft-PRDM

Kita semua sebagai manusia amnya tanpa mengira batas agama dan bangsa mesti menzahirkan kemarahan kezaliman Yahudi-Zionis ke atas Palestin sejak sekian lama. Sebagai muslim tanggungjawab kita sangat besar kerana kita menganuti agama yang sempurna dalam setiap segi. Amanah menegakkan keadilan, memakmurkan bumi dan semesta adalah tanggungjawab yang mesti ada pada setiap muslim. Kemarahan kita bukan sahaja sekadar dalam facebook atau mengutuk semata-mata. Tetapi kita ada daya upaya untuk berdoa secara qunut nazilah. Bukan setakat itu, pengzahiran kita sebagai rakyat adalah memboikot barangan buatan Israel dan Zionis yang bertebaran di Negara Islam Malaysia. Memang pada kertas Malaysia tiada jalinan diplomatic dengan Yahudi-Zionis tapi pemerintah kita amat rapat sehingga memberi kontrak kepada APCO untuk memulihkan imej pemimpin dan kepercayan rakyat kepada pemerintah.

Paling berbahaya ialah penguatkuasa yang paling berpengaruh dan paling ditakuti rakyat biasa iaitu Polis Raja Di Malaysia telah menggunakan syarikat Asia-Soft yang berpangkalan di Israel sebagai pembekal, pemasang dan penyelenggara system komunikasi PRDM. Maaf kesilapan penaipan sebagai memberi peluang pembaca memikirkannya. Polis Di Raja Malaysia (PDRM).Pada 2mei, semalam pertubuhan paling berpengaruh Yahudi iaitu B’nai B’rith International telah mengeluarkan desakan supaya Amerika Syarikat yang memberi sokongan moral dan mengangkat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Muslim contoh yang moderate membatalkan sebarang hubungan dengan beliau. Pertubuhan tersebut adalah pelobi paling berpengaruh di dunia dan Amerika Syarikat yang mempunyai keahlian seramai 200ribu anggota. Kenyataan keras tersebut telah mengisytiharkan DSAI sebagai antara musuh utama Yahudi. Semua kerana pendedahan DSAI di Parlimen mengenai hubungan sulit dan intim Malaysia-Israel melalui APCO dan Asia-Soft. Tidakkah kita fikir betapa kuatnya pengaruh APCO dan Asia-Soft? Tidakkah kita terfikir betapa rapatnya Malaysia dengan Israel?

Konvoi Kemanusiaan Flotilla Gaza.

Serangan Israel ke atas konvoi kapal-kapal kemanusiaan Gaza amat dikesali. Paling dikesali sikap pemerintah Malaysia yang berdiam diri dan takut-takut untuk mengutuk dan memanggil sidang khas parlimen mengutuk kekejaman Israel. Mungkin kerana keintiman Malaysia dengan Israel. Wahai rakyat Malaysia kita telah dikuasai Zionis-Israel. Negara kita adalah Negara kita telah berkiblatkan penasihat Zionis melalui Apco dan Asia-Asia Soft. Zaman Tun Mahathir memang diketahui bahawa penasihat-penasihat ekonomi adalah Yahudi-Zionis. Tapi paling berbahaya sekarang adalah hubungan yang terlalu mesra dengan pelobi-pelobi Zionis-Israel. Kita hanya mampu melihat dan bersuara. Itupun jika tidak ditahan ISA atau didakwa dibawah Akta Hasutan atau tidak dikenakan dakwaan atas Akta Komunikasi dan Multimedia.

Zionis-Israel adalah paling berbahaya kepada semua bangsa dan agama. Mereka mempunyai cita-cita menguasai dunia dengan berpaksikan kepada pemikiran dan penghidupan yang boleh melekakan kita agar mereka terus menguasai dan mengawal kita. Cara mereka mudah iaitu mengawal minda dan mengawal emosi melalui hiburan, sukan, perniagaan dan cara pemerintahan. Marilah seluruh rakyat terus mendesak pemerintah kita kembali ke pangkalan jalan. Bagi muslim banyakkan doa agar pemimpin-pemimpin tanah air insaf, mengakui kesilapan dan membetulkannya.

Sunday, May 23, 2010

Surat Terbuka Kepada Kerajaan Negeri P.Pinang

Gagasan Suara Anak-Anak Pulau Pinang (GAGAS)

Lontaran Pandangan Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang (17 Mei 2010)

Saya, secara peribadi sebagai pengasas dan Presiden Gagas, ingin menyatakan pendirian mengenai pendekatan kerajaan baru Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Tuan Lim Guan Eng. Selaku rakyat Pulau Pinang yang bertanggungjawab saya ingin zahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru di atas beberapa perubahan cara pemerintahan. Tidak dinafikan, kerajaan yang baru berusia 2 tahun mungkin agak sukar untuk membuat perubahan yang lebih signifikan kepada masyarakat Pulau Pinang. Idea-idea perubahan seperti slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam sistem pemerintahan negeri amat diterima baik.

Menurut laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009, kerajaan negeri ini dipuji kerana berjaya menjimatkan kos pengurusan kerajaan. Ini amat membanggakan kami sebagai rakyat Pulau Pinang. Lebihan wang sebanyak RM80juta menunjukkan komitmen yang tinggi kerajaan bagi mengekang ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa. Langkah kerajaan membuat tender secara terbuka juga membuka mata rakyat Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya bahawa kerajaan negeri serius mengangkat integriti. Pembangunan hal-ehwal Islam juga diberi penekanan yang baik oleh kerajaan negeri dengan pertambahan lebih dua kali ganda daripada kerajaan sebelumnya iaitu kira-kira RM24 juta. Pemberian RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas di Pulau Pinang dialu-alukan. Ini menggambarkan semangat kerajaan negeri berkongsi kekayaan bersama rakyat. Daripada rakyat kembali kepada rakyat.

Semua pernyataan di atas adalah antara usaha yang digarap bagi menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Pakatan Rakyat juga boleh memerintah malah lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

Setelah menyelusuri sejarah yang panjang penghakisan orang Melayu dari Pulau Pinang sejak Sultan Muhammad Jiwa menyerahkan kepada penjajah yang hina, saya dapati bahawa ada beberapa usaha yang agresif dan pantas perlu dilaksanakan. Saya tidak mahu untuk bersekongkol dengan sebahagian orang melayu walaupun India Muslim (yang juga mengaku melayu) yang tangan mereka kotor kerana mengkhianati agama dan bangsa. Kini mereka berteriak melayu Pulau Pinang dipinggirkan oleh kerajaan baru Pulau Pinang. Perkara ini bukan baru lagi, Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih kekotoran yang mereka tinggalkan. Kerajaan sekarang sedang giat menyental segala kekotoran agar bersih bersinar. Persoalannya, adakah berjaya kerajaan baru ini?

Mari kita jelajah perkara yang perlu dilaksanakan secara agresif dan pantas.

Secara peribadi, apabila ditanya kepada saya oleh teman-teman dari negeri lain mengenai peminggiran orang melayu Pulau Pinang, lantas akan saya balas bahawa salah pemerintah dahulu, tidak kira Sultan Muhammad Jiwa, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Ahmad Badawi, Dato’ Seri Anwar (ketika dalam UMNO), Pak Lah Badawi dan ramai lagi pemimpin yang mengaku beragama Islam dan berbangsa melayu. Sekian lama orang-orang ini berada di puncak politik tanah air namun mereka tidak berjaya membangunkan manusia seagama dengan mereka. Malangnya melayu di Pulau Pinang ‘dihalau’ secara senyap ke Seberang Perai, Kulim, Sungai Petani dan Parit Buntar. Suka saya menggunakan agama kerana saya bukan berfikiran sempit seperti tangan-tangan kotor yang lantang berteriak tentang Melayu Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini. Agama lebih luas skopnya dan rahmatnya besar berbanding bangsa yang ditafsir sebagai bahagian yang kecil dan tidak komprehensif.

Pada hemat seorang mahasiswa yang melihat daripada beberapa perspektif pemerintahan negeri ini. Walaupun barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco) yang beragama Islam hanya dua orang. Melihat portfolio yang mereka pegang memang boleh membantu membangunkan Muslim Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 YB Tuan Mansor Othman memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat dan YB Tuan Abdul Malik Abul Kasim sebagai Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jawatan mereka ini memberi peluang kepada mereka meyakinkan rakyat Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pulau Pinang bersungguh-sungguh memerintah secara adil.

Pembukaann kilang-kilang baru membuka peluang para graduan untuk menyertai alam pekerjaan dengan persaingan sihat. Namun, malangnya di sini graduan Muslim amat susah untuk mendapat pekerjaan di kilang-kilang yang ‘established’ mahupun yang sedang-sedang. Saya mendapat pelbagai keluhan dan rintihan daripada sebahagian besar graduan Muslim yang memohon pekerjaan industri di Pulau Pinang ditolak mentah-mentah dengan alasan tiada kekosongan. Paling menyedihkan permohonan langsung tidak dibalas sama ada diterima, ditolak, atau dalam ‘waiting list’. Semasa Pesta Kerjaya yang diadakan di sekitar negeri ini, memang menunjukkan komitmen industri-industri tersebut membuka peluang sama rata tanpa kira kaum. Sebaliknya, dibelakang sudah ada yang dipilih. Dipilih itu semuanya dari kalangan bukan muslim. Inilah realitinya.

Berkisar tentang syarikat berkaitan kerajaan negeri pula seperti Penang Development Corporation (PDC), Invest Penang dan sebagainya, ada dikalangan graduan Muslim yang memohon untuk membuat latihan industri atau praktikal dalam bahasa mudahnya ditolak kerana tiada tawaran untuk tujuan tersebut. Namun, apabila disemak kembali dari rakan-rakan bukan muslim yang memohon di tempat tersebut, mereka diterima. Juga perkara yang sama berlaku apabila graduan Muslim memohon pekerjaan di tempat tersebut, malah surat permohonan atau emel tidak berbalas. Jika, bukan muslim yang pohon maka ada saja kekosongan.

Bagi pembangunan masyarakat Muslim daripada sudut ekonomi, kerajaan negeri perlu menggarap Plan Tindakan Peniaga-Peniaga Kecil dan Penjaja. Ini bagi memastikan tidak ada halangan untuk mereka mencari sumber ekonomi keluarga bagi menampung kehidupan. Bukan dengan meroboh gerai-gerai mereka tanpa ada tindakan membantu mereka. Jika adapun ruang perniagaan yang baru, ia sempit dan bukan berada di tempat yang strategik. Jika mereka tidak mempunyai lesen maka berilah kelulusan. Alasan perobohan kerana berada di atas tanah kerajaan negeri, berada di atas tanah rizab jalan dan sebagainya. Tapi mengapa hanya peniaga-peniaga dan penjaja muslim sahaja yang giat diroboh?

Tidak dinafikan ada juga perobohan gerai-gerai bukan muslim, tapi hanya nipis marginnya. Selepas dua tiga hari dibina semula. Selepas itu tiada tindakan.

Plan Tindakan Peniaga-Peniaga Kecil dan Penjaja yang saya namakan ini bukanlah bersifat melayu, tapi bersifat kolektif. Negeri ini bukan negeri kapitalis, jika modal peniaga besar buat apa pun tidak dihiraukan. Jika modalnya kecil maka akan ditindas. Plan ini merangkumi bantuan kewangan, bantuan kelulusan lesen, penyediaan ruang niaga yang selesa dan strategik, pengawalan harga barangan/makanan, pengawalan tahap kesihatan dan kebersihan.

Plan ini bukan susah untuk dilaksanakan kerana ini memang tanggungjawab pemerintah memakmurkan rakyat bukan menindas. Bagi bantuan kewangan kerajaan perlu menjana skim pinjaman mikro yang saya kira sudah dilaksanakan, namun tiada hebahan dan masih kedengaran pelbagai karenah birokrasi untuk mendapat kelulusan. Bantuan kewangan ini bagi meringankan beban mereka menjalankan perniagaan yang dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat. Pembayaran balik pinjaman mikro mestilah tidak bersifat beban kepada peminjam dengan kadar faedah yang membebankan mereka ataupun bayaran pengurusan yang berkala iaitu setiap pembayaran dikenakan 5% sebagai contoh. Ini membebankan mereka yang hanya berniaga kecil-kecilan.

Melihat kepada kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan, saya mendapat maklumat ia sukar jika tiada ‘orang dalam’ atau ‘ kabel’. Ini amat berbeza dengan slogan kerajaan negeri itu sendiri. Kelulusan lesen peniaga-peniaga kecil atau penjaja mestilah tidak menyusahkan dan terlalu banyak karenah. Mereka bukan pendatang asing. Mereka hanya berniaga mencari rezeki.

Perkara ini amat penting dalam perniagaan iaitu ruang niaga yang selesa dan strategik. Mendapat informasi daripada kalangan peniaga dan penjaja. Mereka mengatakan penyediaan ruang niaga yang sempit dan tidak strategik menyukarkan perjalanan perniagaan mereka. Sebagai contoh, Jika dahulu mereka boleh membuka sehingga 30 buah meja namun dengan ruang niaga yang baru dan sempit hanya 10 meja sahaja. Mereka juga merungut dengan lokasi yang tercorok, tiada orang. Ruang niaga ini juga perlu kepada sewa yang tidak mahal yang membebankan.

Kerajaan negeri juga perlu memantau harga barangan atau makanan yang dijual agar berada pada kadar yang munasabah dan rendah. Ini bagi memastikan kos kehidupan di Pulau Pinang tidak melonjak tinggi akibat manipulasi harga.

Melalui Pejabat Kesihatan Negeri atau mana-mana agensi kerajaan yang bertanggungjwab, melaksanakan kemudahan (seperti mengadakan hari tertentu bagi tujuan tersebut) kepada peniaga-peniaga dan penjaja mendapatkan pemeriksaan kesihatan kepada mereka bagi menjamin bahawa tahap kesihatan yang memuaskan. Pemantauan tahap kebersihan yang berkesan mesti dijana bagi memastikan bahawa kesihatan pengguna terjamin.

Setelah meneliti beberapa aspek, saya bersangka positif dengan kerajaan baru yang ada sekarang, mengubah sistem dan dasar yang adil kepada semua.

Yang Menurut Perintah Allah,

Khairil Irfan Bin Othman,

Presiden,

Gagasan Suara Anak-Anak Pulau Pinang (GAGAS).

About Me

My Photo
Irfan al-mujaddid atau Irfan al-binanjy diberi gelaran. Seorang aktivis mahasiswa dan sosial.

Blog Archive